PERUNTUKAN SEKSYEN DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (AKTA 127) BERKAITAN PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL
Seksyen 34B, Larangan terhadap penempatan, peletakan, dsb. buangan terjadual.
(1) Tiada seorang pun boleh :
- a) Menempatkan, meletakkan atau melupuskan, atau menyebabkan atau membenarkan ditempatkan, diletakkan atau dilupuskan, kecuali di premis yang ditetapkan sahaja, apa-apa buangan terjadual di darat atau ke dalam perairan Malaysia;
- b) Menerima atau menghantar, atau menyebabkan atau membenarkan diterima atau dihantar apa-apa buangan terjadual di dalam atau di luar Malaysia; atau
- c) Mentransit atau menyebabkan atau membenarkan ditansit buangan terjadual,
tanpa terlebih dahulu mendapat apa-apa kelulusan daripada Ketua Pengarah.
(4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan hendaklah didenda tidak melebihi RM500, 000.
Seksyen 49A, Orang Yang Berwibawa
Seseorang pemunya atau penghuni premis hendaklah mengambil kerja seseorang yang telah diperakukan oleh Ketua Pengarah sebagai orang yang ber wibawa untuk menjalankan semua atau mana-mana aktiviti yang berikut:
- (a) pengendalian kelengkapan kawalan;
- (b) Pengurusan buangan terjadual;
- (c) Menjalankan kajian;
- (d) Penyediaan dan pengemukaan laporan, pelan,cadangan, lukisan kejuruteraan atau dokumen lain yang berhubungan dengan perkara alam sekeliling